Translate

Monday, 20 May 2013

Kunci Semangat ada di mana??

'Ira,aku pelik nampak orang lain terus bersemangat??datang kelas awal,suka tempat duduk paling hadapan,kelas start pukul 8.30 pagi tapi pukul 7  dah datang..aku memang tabik spring la'...
Jawab Humaira...
'mintak-mintaklah sahabat - sahabat kita istiqamah,jangan mula-mula je datang awal..ingat sofea,kita ni kena semangat bukan pada kata-kata,tapi pada fahaman kita!kalau kita bergantung pada semangat kelak semangat akan luntur,bergantunglah kepada kefahaman kita...'
Sahabat..jadikan Allah dan Rasul sebagai objektif utama anda..letak Allah di kala senang dan susah..jika jatuh,jangan letak Allah jauh dari kita,nescaya kita akan lemah,akan putus asa..letaklah Allah sebagai matlamat kita belajar,bekerja,hidup nescaya kita tak akan rasa kecewa sebab kita tau Allah sebaik-baik perancang..
Ni aku datang sambung belajar ke bumi Mesir ni bukan niat nak kejar nama,pangkat,kerja tapi apa yang aku nak kejar adalah ilmu Allah yang baru aku nak gali sedikit.Apapun Allah nak tetapkan buat aku,aku terima,aku redha,aku pasrah..siapalah aku berbanding dengan ketentuan PenciptaKu,Allah Rabbul Alamin..
Jika harta,pangkat dan kejayaan sahaja aku kejar,ia tak akan ke mana..aku berlalu dalam hari hari hidupku sebagai manusia biasa yang hanya nampakkan dunia.Aku syabab,aku pemudi Islam yang masih kuat,berani,semangat untuk hari muka.aku ada peranan penting untuk memastikan Islam tertegak dengan setegak-tegaknya..apa yang aku boleh buat sekarang???...aku tuntut ilimu,tuntut ilmu dan tuntut ilmu dan beramal..kalu aku asyik menghafal je kerjanya tapi x mmberi faedah,xde guna la..hafal dan pastikan benda tu biar beri faedah..semoga Allah memimpin hatiku untuk terus berada dijalanNya...Ya Allah,aku tahu hambaMu begitu ramai atas muka bumi ini..aku sentiasa berfikir,adakah Allah pandang kepada aku dan apa pula bentuk pandanganNya??...aku x heran sebab Allah dah cakap,'Aku bersama pandangan hambaku'..subhanallah,bersangka baiklah kepada Allah azza wajalla...
Apapun sahabat,letak Allah dan Rasul sebagai matlamat hidupmu..nescaya kamu,kamu dan kamu akan rasa setiap hari berlalu dalam hidupmu amat bermakna..Selawat sentiasa ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W..'Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad'..

Sunday, 19 May 2013

Berpisah...

B.E.R.P.I.S.A.H....Urm,susah dan berat hati nak berpisahkan??tapi..tapi..demi mencari sebutir ilmu dimuka bumi Allah,terpaksa juga berpisah..
Langkah demi langkah aku maju,strategi demi strategi aku atur,persediaan demi persediaan aku susun untuk meneruskan kehidupan aku sebegai pelajar perubatan..
Tak dinafikan,ramai orang tanya,
'kenapa kau amik medic,sedangkan pilihan lain banyak lagi.?!..kenapa dan terus kenapa...
Aku diam bersahaja lantas membaling  senyuman dan berkata,
'aku bukannya apa,aku xnak nama,aku xnak glamour,aku xnk org respect aku tinggi..aku biasa2 saja..yang aku nk cuma nk cr redha Allah,aku nk kembara mncr sebutir ilmu dsebalik butiran pepasir dmuka bumi Allah!!..ap y mereka kata kat aku membuatkan aku terkesima..kau nk tau x ap y mreka cakap???'
    (sofea mendekati humaira)
'ira,ak btul2 bersyukur mndpt mama n papa..walaupun keluarga aku x kaya mana,punya ramai adik beradik,tapi mama n papa sanggup hantar aku belajar. ?senantiasa mamaku berkata kpd aku dan adik-adikku,mama tiada harta nk kasi kat anak2,mmg anak2 nampak mama,papa byk duit,kereta besar,rumah besar..tp anak2 jgn fikir n x payah nak berkhayal nak memiliki harta mama papa,hanya mama papa nak kasi,ilmu sahaja..!!anak2 cakaplah kat mama papa nak pergi belajar kat mana,in sya Allah mama papa usahakan...'
(air mata laju mengalir)...
                                      
                                                 *  *  *  *
Sebab tu la aku kuatkan diri aku untuk melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya',mama papa aku kuat,berani mengapa aku tidak berani..
Tapi,macamana mama papa dapat kekuatan ini???
Aku pernah bertanya,mama kenapa mama papa kuat dan bersungguh untuk mencari dan membesarkan anak-anak??
Lantas mama aku bercerita,sebelum mama pergi mekah,mama merancang dengan papa untuk membuka sebuah kedai,tapak sudah ada dan bangunan sudah siap selepas mama papa berangkat ke Mekah dulu,hati mama papa sentiasa menangis-menangis bersyukur sebab mengurniakan anak-anak yang soleh,rezeki yang banyak dan alhamdulillah tidak terhingga k.long sampaikan papa berkata kepada mama tak nak bersungguh-sungguh mencari duit.hanya nak beribadat kepada Allah sahaja...lantas mama memberitahu kepada papa,'pa,anak kita ramai,kalau awak xnak usahakan kedai ni macamana anak kita nak sambung pelajaran??..macamana dengan kata2 sy kepada anak2 bahwa sy ingin berikan harta ilmu,bukan dari segi material??'...air mata papa mengalir laju,lelaki??susah sangat nak menangis...oleh kerana Allah dah kata anak itu rahmat,apa kan daya kita sebagai hamba untuk menafikan kenyataan tersebut..cerita mama pada aku..aku terus memeluk mama sambil berkata,mama,terima kasih mama...sanggup korbankan semua harta mama demi membesarkan kak long dan adik-adik..selepas itu,apa yang mama katakan,'kak long buat terbaiklah untuk hidup kak long,jadi anak yang soleh,solat jangan tinggal,bimbing adik-adik,bimbing masyarakat,sungguh kak long role model kepada penduduk kampung di sini..buat semampu kak long,dan biarlah Allah yang tentukan'...
                                  * * *
3/10/2012..tarikh keberangkatanku kebumi Mesir,tarikh berpisahnya dengan keluargaku,tarikh banyaknya kata-kata semangat...melangkah gagah...membawa hati yang penuh cintakan ilmu,membawa hati yang sarat dengan rindu dan cinta akan tarbiah..
in sya Allah,aku akan kuat mengaharungi hidupku walaupun keluargaku tercinta jauh dari mata..dengan harapan yang tinggi aku gantung kepada penciptaku Allah Azza wajalla..
Aku terima apa jua ketentuannya kerna aku yakin dan percaya bahawa,Dia sebaik-baik perancangan!!!...aamiin..

Saturday, 18 May 2013

Taaruf Blog Mencari Cinta


Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 seperjuanganku sekalian..
Alhamdulillah Allah membuka pintu hati untuk saya membuat blog,berkongsi suka duka sebuah persahabatan,erti hidup,pengorbanan...in sya Allah..sama2 kita tambahkan ilmu,tambahkan pengalaman untuk menghadapi hari muka yang penuh halangan,rintangan,dugaan,cabaran hidup berimejkan pemuda dan pemudi Islam..Banyak cerpen ringkas yang saya ingin kongsikan berdasarkan tajuk2 yang diberi.Kenapa tajuk ini yang saya pilih??..anehkan??sebenarnya xpu..benda dah common la cinta ni..tapi disebalik perkataan CINTA beribu-ribu maksud ada.sekian sahaja sesi taaruf blog Mencari Cinta..